Saturday, April 09, 2005

Tanggal 8 April..

kampungku dilanda ribut.. tp x berkesempatan melalui semua nye..sbb dok kt utp..alhamdulillah.. semuanye slamat.. xde laa kemalangan jiwa.. tp sian ayah n mak kat umah.. aku n abg x de kt umah.. mak n ayah yg bersihkn kwsn yg ditimpa ribut.. seb baik ade ery.. leh tolong skit2..abes bhgn dapur.. ayah kater, karpet kt dapur sume kene buang... rosak~~.. mak pulak bersihkn blik aku.. blik aku teruk~~ abes tilam basah.. karpet pun baah.. banjir.. huhu..umah atas bukit, first time banjir.. tuh sume sbb atap dapur tercabut.. wa..tetibe miss home.. =( syukur skali lagi..x byk brg yg rosak.. n sumernyer selamat... yg aku paste kt bwh ni..brite from harian metro.. muke depan lagi...
Edisi KL: 'Saya sangka sudah kiamat'
Oleh Mohd Sabran Md
Sanisab@hmetro.com.myRAWANG:
“Hanya kalimah syahadah yang mampu saya ucapkan ketika itu. Seumur hidup saya tidak pernah menyaksikan kejadian sedahsyat ini sehingga menyangkanya hari kiamat,” kata Mohd Jalal Abdul Kamil, 26, menceritakan detik cemas ketika kampungnya dilanda ribut petir dan puting beliung, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, sebanyak 159 rumah di Kampung Batu Arang, di sini, rosak teruk selepas hujan lebat dan ribut petir melanda kawasan berkenaan.Kejadian hampir setengah jam ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat itu turut merosakkan sekolah, rumah ibadat dan memutuskan bekalan elektrik serta telefon.Antara bangunan yang mengalami kerosakan ialah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Tokong Bukit Nenas, Surau Kampung Melayu, Masjid Batu Arang dan Tokong Simpah North.Mohd Jalal berkata, ketika itu dia sedang menuju ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.“Ketika sedang berjalan menuju masjid apabila hujan lebat pada mulanya bertukar menjadi ribut petir sehingga akhirnya membawa puting beliung bersamanya.“Keadaan itu menyebabkan saya menjadi bertambah panik dan cemas sehingga mengambil keputusan untuk berlari menyelamatkan diri ke dalam masjid,” katanya.Katanya, biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, peristiwa yang melanda kampungnya itu sudah cukup mencemaskan orang ramai yang menyaksikannya di depan mata.“Ini kejadian pertama melanda kampung kami. Saya hanya mampu melihat pokok dan bumbung rumah berterbangan dibawa angin kencang.“Cuba bayangkan bagaimana kuatnya angin itu sehingga kami terpaksa menahan pintu rumah menggunakan kekuatan hampir empat orang, tetapi tidak berjaya,” katanya.Seorang penduduk, Azizah Shamsudin, 40, berkata hujan lebat dan ribut petir itu menyebabkan bahagian dapur rumahnya rosak teruk selepas dihempap sebatang pokok.“Ketika itu saya sedang menonton televisyen dan terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari arah belakang rumah.“Saya terus menuju ke kawasan dapur dan mendapati pokok yang terletak 100 meter dari kawasan rumah terbang dan menghempap dapur, selain menerbangkan bumbung,” katanya.Harian Metro difahamkan sehingga jam 8.30 malam tadi, pusat gerakan yang beroperasi di pekan di kampung itu masih menerima kehadiran penduduk yang datang mendaftarkan diri untuk melaporkan kerosakan yang dialami. Mereka yang terbabit dalam bencana alam yang pertama kali berlaku itu membabitkan 66 keluarga Melayu, 49 keluarga Cina dan 44 keluarga India.Selain harta benda, ribut petir itu memusnahkan hasil tanaman penduduk seperti pokok buah-buahan yang diusahakan berpuluh-puluh tahun yang lalu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohd Azmir Mohd Nadzri, berkata angin kencang dan hujan lebat selama setengah jam di pekan itu tidak menyebabkan kerosakan serius. Beliau berkata, kebanyakan kerosakan membabitkan rumah papan di kawasan perkampungan sekitar. Katanya, angin kencang dengan hujan lebat itu turut menyebabkan banyak pokok tumbang dan merintangi jalan utama di kawasan perkampungan itu. “Kami mendapati kebanyakan rumah rosak akibat bumbung yang tercabut. Ada juga rumah yang ditimpa pokok, tetapi keadaannya masih selamat diduduki. “Polis juga tidak menerima laporan kerana mereka (penduduk kampung) membuat laporan kepada ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya. Sementara itu, Pengerusi JKKK Pekan Batu Arang, Azman Yusof, berkata penduduk kampung bersyukur terselamat dan tiada yang cedera. “Semua penduduk boleh tinggal di rumah kerana hanya atap yang tercabut dan dan bekalan elektrik terputus. “Penduduk bersama polis, bomba, JKR dan TNB bekerjasama memotong pokok yang tumbang di atas jalan dan kawasan sekitar kampung sehingga lewat petang,” katanya.

No comments: